Oleh modal insan. Pentadbiran yang dilaksanakan oleh baginda Nabi

 

Oleh

Shazriel
Yushamiel Bin Md Yusoff

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

 

ABSTRAK

Pentadbiran merupakan sistem tadbir urus yang wujud dalam sesebuah
organisasi. Kemampuan tadbir urus yang baik bergantung antaranya pada kecekapan
dalam pengurusan hal ehwal pentadbiran dan juga modal insan. Pentadbiran yang
dilaksanakan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W ketika keberadaan baginda di Kota
Madinah adalah antara pentadbiran yang gemilang. Perbincangan mendapati tiga faktor yang
membentuk pentadbiran cemerlang seperti dimodelkan Nabi Muhammad SAW. Faktor
pertama terdiri daripada akhlak diri baginda sebagai manusia bermoral dan
faktor kedua ialah komitmen padu sebagai khalifah yang ditugaskan dengan
tanggungjawab tertentu. Manakala faktor ketiga ialah rasa ubudiyyah kepada
Pencipta yang dijelmakan dalam bentuk sifat zuhud, takwa dan tawaduk.Ketiga-tiga
faktor membentuk konsep pentadbiran syumul yang merangkumi hablun min Allah dan
hablun min al-nas. Namun
persoalannya, bagaimana perlaksanaan yang dilakukan oleh baginda selepas
penggubalan Perlembagaan di Madinah. Oleh itu,
artikel ini juga akan meneroka dan menganalisis sistem pentadbiran yang
dilaksanakan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan dasar yang dipraktiskan zaman
kegemilangan baginda di Madinah. Metodologi kajian ini merupakan kajian
kualitatif bentuk analisis terhadap sumber-sumber utama seperti artikel,jurnal,
prosiding, disertasi, buku dan lain-lain. Data yang diperoleh dianalisis secara
deduktif dan induktif. Kajian ini akan menonjolkan tadbir urus yang diwacanakan
daripada baginda Nabi Muhammad S.A.W serta peranan kepimpinan sesebuah kerajaan.
Di samping itu, kajian ini merumuskan beberapa aspek kegemilangan seperti
struktur dan jawatan dalam pentadbiran.Hal ini membolehkan pentadbiran Nabi
Muhammad S.A.W di Madinah dapat dijadikan sebagai model untuk memacu pembangunan
sebuah negara yang pada masa kini.

 

PENDAHULUAN

Dengan
termeterainya perjanjian Sahifah Madinah, terdirilah sebuah kerajaan Islam yang
pertama di dunia. la diketuai oleh Muhammad Rasulullah s.a.w.Keteguhan Madinah,
kekuatan ekonomi dan politik dan perpaduan antara rakyat adalah satu tradisi
baru dalam peradaban manusia yang sebelumnya tidak ada dalam kebudayaan bangsa
Arab. Kelahiran kerajaan Islam Madinah di jazirah Arab telah membawa revolusi
rohaniah dan pemikiran yang menyaksikan pembinaan tatacara baru dunia yang
diasaskan kepada kekuatan moral dan agama serta membentuk etika hubungan baru
di mana penggunaan kuasa dan pengaruh dipandu oleh prinsip akhlak, semangat
persamaan dan rasa hormat-menghormati yang begitu mendalam. Madinah dengan cara
yang tersendiri telah berusaha untuk menjayakan cita-cita dan semangat ini.Kejayaan
Madinah adalah kerana dalam sejarah ketamadunan Arab belum ada mana-mana negara
berusaha untuk memanjangkan sayapnya ke negara-negara lain.

Akan tetapi,memimpin bukanlah perkara yang mudah, namun banyak
diantara kita yang ingin dan menginginkan untuk menjadi pemimpin.Kepemimpinan
sendiri mengandung erti proses mempengaruhi orang lain sehingga yang
dipengaruhi mahu menerima arahan pemimpin.Pemimpin mestilah mampu berfikir dan
bertindak secara kritis serta mengikut saluran yang betul jika tidak kemunduran
pasti menimpa sesebuah organisasi mungkin disebabkan oleh pentadbiran yang mula hilang amanah,tersasar dari landasan
sebenar atau masyarakat Islam yang hanyut dibuai mimpi indah dek leka dengan
kegemilangan yang mereka kecapi selama ini.

Demikian itu,
pengkaji akan menerangkan sebuah pentadbiran yang sesuai untuk dijadikan contoh
dan ikon kepada sesebuah organisasi sama ada badan pertubuhan atau agensi
kerajaan yang menginginkan kemantapan dan membawa kecemerlangan dalam
pentadbiran. Dalam konteks ini pentadbiran yang diterajui sendiri oleh
Rasulullah S.A.W adalah insan yang paling layak dijadikan model kerana baginda
mempunyai kedudukan yang tersendiri terutama yang berkaitan dengan hal-hal
kepimpinan.Baginda sebagai pemimpin yang unggul dalam semua keadaan termasuk
pentadbiran negara dan politik lebih mengutamakan Islam dan hak kemanusiaan berbanding
kepentingan individu.  Sirah baginda
mempunyai keistimewaan yang wajar digali dan dilihat bahkan ia sering disorot
oleh penulis zaman berzaman, sama ada sarjana Islam atau bukan Islam, terutama
yang melibatkan hal-hal kepimpinan. Maka itu, tidak menghairankan jikalau
Michael H. Hart (1978) telah menobatkan Rasulullah S.A.W sebagai manusia
“pertama” paling berpengaruh dalam sejarah ketamadunan dunia dalam senarai
manusia yang dianalisisnya.

 Sebelum mengupas dengan lebih mendalam tentang sistem pentadbiran
Nabi Muhammad S.A.W, pengkaji akan menerangkan maksud pentadbiran melalui dua
sumber. Pertama,menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), tadbir urus dapat
didefinisikan sebagai satu cara atau sistem pentadbiran dan pengurusan kepada
sesuatu perjalanan bagi sesebuah organisasi atau negara. Kedua, pengertian
tadbir urus yang lain juga dapat diambil dari surat arahan terhadap usaha bagi
mempertingkat Tadbir Urus di Sektor Awam bertarikh 9 Mac 2007 dari Ketua
Setiausaha Negara adalah “Tadbir urus merangkumi aspek-aspek seperti tatacara
Ketua Eksekutif atau Ketua Jabatan dan para pegawai di semua peringkat pengurusan
melaksanakan tanggungjawab secara telus dan berhemah dari segi pengambilan dan
penyampaian hasil, struktur termasuk budaya kerja, dasar, strategi serta
tatacara mereka berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan (stakeholders) dan proses di mana agensi
awam diurus atau diarah, dikawal dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan
objektif yang telah dipersetujui” (Mohd. Sidek Hj. Hassan, 2007).

Berdasarkan dua
pengertian tersebut, dapat dilihat sistem pentadbiran yang berkualiti perlu diimplementasikan
oleh setiap negara agar kemajuan dan kemakmuran negara dapat dipertingkatkan.Ini
kerana kemajuan sesebuah negara mencerminkan sifat seseorang pentadbir yang mementingkan
kepada kualiti perkhidmatan negara khususnya kepada rakyat. Baginda Muhammad
S.A.W merupakan seorang pemimpin yang cemerlang dan boleh dijadikan sebagai
model terbaik dalam pengurusan hal ehwal negara. Ini kerana, selama baginda memimpin
umat Islam sepanjang 23 tahun, baginda berjaya mengubah cara hidup dan pemikiran
masyarakat Arab pada masa itu kepada masyarakat yang bertamadun.

Ketibaan Baginda Rasulullah s.a.w di Madinah pada 12 Rabi’i
al-Awal, (24 Sept., 622M), merupakan bermulanya era baru di dalam sejarah
perkembangan Islam. Berikutnya ramai penganut Islam turut berhijrah ke Madinah.
Ini kerana mereka merasa tersempit, tertindas dan teraniaya berada di kota
Mekah yang dikuasai oleh pemimpin-pemimpin kaftr Quraisy.Orang Islam Mekah yang
baru tiba di Madinah, mereka bukan sahaja diberi perlindungan dengan
menyediakan tempat tinggal tetapi mereka juga diberi jaminan sara hidup dan
keselamatan jiwa serta harta benda. Hal ini merupakan suatu yang diperkenalkan
oleh Rasulullah s.a.w ke dalam masyarakat Islam yang baru wujud di kota itu.
lanya melibatkan seluruh lapisan masyarakat Islam. Ini adalah suatu tindakan
menuju ke arah pembentukan perpaduan ummah di kalangan orang Islam.

Kewujudan
negara Islam Madinah mempunyai pertalian yang langsung sifatnya dengan
cita-cita perjuangan yang melatari perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para
Sahabat r.a.. Ia memperjuangkan idealisme dan cita-cita murni untuk melahirkan
suatu masyarakat yang dapat merealisasi sepenuhnya erti kehambaan dan
menzahirkan peranan khalifah. Gerakannya menzahirkan kekuatan dan kehebatan
luar biasa yang dicetuskan oleh iltizam dan kesedaran yang membentuk kebudayaan
umat. Khalifah Islam menjadi tunggak yang mencetuskan kekuatan yang
memperkembangkan peranan agama dan nilai-nilai sejagat yang tuntas. Pengalaman
golongan Islam dan tenaga pejuang di Madinah telah memberikan manfaat yang
tidak sedikit kepada tamadun dunia, yang berhasil melahirkan golongan muda,
golongan pelapis yang sempurna akhlak dan akal budinya untuk memikul tanggungjawab
sebagai pewaris zaman. Kedatangan Islam telah membawa revolusi rohaniah dan akliah
yang menggerakkan transformasi sosial dan akliah seta mengarahkan kebangkitan
yang dibangun di atas kesedaran untuk memperteguh hak dan kemuliaan darjat
insan.